Staff Asyik Resign? Tanda Syarikat Ada Masalah Serius!
Fenomena staf keluar masuk dengan cepat bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Jika syarikat anda mengalami turnover tinggi, ini bukan sekadar kebetulan ia adalah tanda jelas bahawa ada masalah serius dalam pengurusan atau sistem kerja anda. Dalam artikel ini, kita akan membongkar punca, risiko, dan tindakan yang perlu diambil oleh majikan supaya organisasi terus stabil dan staf kekal termotivasi.
Mengapa Staf Cepat Resign?
Ramai majikan menganggap turnover tinggi hanyalah “trend generasi muda” atau masalah individu. Sebenarnya, punca sebenar sering datang dari sistem syarikat itu sendiri. Berikut antara punca utama:
-
Leadership Lemah / Toxic
Cara pengurusan sangat mempengaruhi keputusan staf untuk stay atau keluar. Micromanagement, pilih kasih, atau komunikasi kasar boleh membuat staf rasa tidak dihargai dan cepat burnout. -
Sistem & SOP Tidak Jelas
Bila job scope, workflow, atau SOP tidak jelas, staf mudah keliru tentang tanggungjawab mereka. Ini menyebabkan kerja tergendala, konflik dalaman, dan akhirnya staf angkat kaki. -
Kurang Peluang Growth / Training
Staf yang tidak diberi peluang meningkatkan kemahiran atau naik pangkat biasanya cepat hilang motivasi. Mereka akan mencari peluang lain yang boleh memberi mereka masa depan yang lebih jelas. -
Budaya Kerja Tidak Sihat
Toxic culture, drama pejabat, atau ketidakadilan antara staf boleh membuat moral pasukan jatuh. Staf yang berbakat biasanya tidak akan bertahan lama dalam persekitaran sebegini.
Risiko Jika Turnover Tidak Dikawal
Turnover tinggi bukan sekadar masalah individu — ia memberi impak besar pada operasi dan kewangan syarikat:
- Kos Hiring Meningkat: Proses ambil pekerja baru memerlukan kos iklan, training, dan onboarding.
- Operasi Tidak Stabil: Projek terganggu apabila staf keluar secara tiba-tiba.
- Moral Pasukan Jatuh: Staf yang tinggal akan kehilangan motivasi dan produktiviti menurun.
-
Kehilangan Talent Terbaik: Pekerja yang berbakat biasanya akan meninggalkan syarikat lebih awal jika masalah tidak diselesaikan.
Tanda-Tanda Masalah Serius Dalam Syarikat
Kalau syarikat anda menunjukkan tanda-tanda berikut, ia mungkin berada dalam risiko turnover tinggi:
- Staf baru cepat angkat kaki tanpa alasan jelas.
- Sering ada aduan tentang boss atau pengurusan.
- SOP dan workflow tidak jelas atau tiada dokumentasi.
- Staf keliru tentang gaji, benefit, dan kenaikan mereka.
-
Konflik dalaman berlaku kerap kerana kekurangan struktur dan komunikasi.
PM Syazna World sekarang!
Free 1 jam consultation
.png)




Comments
Post a Comment