Work From Home, Tapi Susah Nak Trace Produktiviti?
Sejak trend Work From Home (WFH) semakin meluas, ramai majikan menikmati kelebihan seperti penjimatan kos operasi dan fleksibiliti waktu kerja. Namun di sebalik kelebihan tersebut, timbul satu persoalan besar yang sering menghantui pengurusan syarikat:
Work From Home, tapi susah nak trace produktiviti?
Isu ini bukan sekadar soal staf bekerja dari rumah. Ia berkait rapat dengan sistem pemantauan, KPI yang jelas, disiplin kerja dan struktur pengurusan prestasi dalam organisasi.
Artikel ini akan membincangkan punca sebenar masalah produktiviti WFH, kesilapan yang sering dilakukan majikan, serta solusi praktikal untuk memastikan prestasi staf kekal konsisten walaupun bekerja dari rumah.
Kenapa Produktiviti WFH Sukar Dipantau?
Ramai majikan mengadu perkara yang sama:
Staf sentiasa “online”, tetapi kerja lambat siap
Update projek tidak konsisten
Meeting ada, tetapi progress kabur
Alasan seperti “line slow”, “laptop problem” atau “sedang siapkan” berulang kali
Hakikatnya, masalah ini jarang berpunca daripada WFH semata-mata. Punca sebenar selalunya adalah ketiadaan sistem pemantauan yang jelas dan KPI yang terukur.
Tanpa struktur yang kukuh, majikan hanya bergantung kepada kepercayaan dan pemerhatian secara umum. Dalam jangka masa panjang, pendekatan ini boleh menyebabkan:
Penurunan prestasi kerja
Ketidakseimbangan beban kerja
Rasa tidak adil dalam kalangan staf
Kerugian masa dan kos syarikat
Kesilapan Biasa Majikan Dalam Mengurus WFH
1. Tiada KPI Bertulis
Ramai majikan menetapkan sasaran secara lisan sahaja. Tanpa KPI bertulis dan indikator yang jelas, sukar untuk menilai sama ada staf benar-benar mencapai prestasi yang ditetapkan.
2. Tiada Laporan Harian atau Mingguan
Tanpa sistem pelaporan yang konsisten, majikan tidak mempunyai data untuk menilai produktiviti sebenar.
3. Terlalu Bergantung Pada Status “Online”
Aktif di WhatsApp atau aplikasi komunikasi bukan bermaksud kerja sedang berjalan. Produktiviti perlu diukur berdasarkan output, bukan kehadiran digital semata-mata.
4. Tiada Polisi WFH Yang Jelas
Tanpa polisi rasmi, staf mungkin keliru tentang waktu kerja, respon time, keperluan laporan dan standard prestasi.
Produktiviti Bukan Tentang Lokasi, Tetapi Sistem
Ramai organisasi berjaya melaksanakan WFH dengan produktiviti yang tinggi. Perbezaannya bukan pada lokasi kerja, tetapi pada struktur pengurusan prestasi.
Apabila sistem jelas:
Staf tahu apa yang perlu dicapai
Majikan boleh menilai secara objektif
Komunikasi lebih teratur
Konflik berkurang
Sebaliknya, tanpa sistem, WFH boleh menjadi punca kekeliruan dan penurunan prestasi.
Kesimpulan: Jangan Tunggu Prestasi Jatuh Baru Bertindak
Isu “Work From Home, tapi susah nak trace produktiviti” bukan masalah individu semata-mata. Ia adalah isu struktur dan pengurusan.
Majikan perlu:
Tetapkan KPI yang jelas
Laksanakan laporan berkala
Sediakan polisi WFH bertulis
Ambil tindakan disiplin secara profesional
Kepercayaan itu penting, tetapi tanpa sistem pemantauan yang kukuh, risiko prestasi merosot tetap tinggi.
Perlukan Bantuan Urus Sistem WFH & Disiplin Staf?
Jika anda masih keliru bagaimana mahu:
Menyediakan polisi WFH yang lengkap
Menetapkan KPI yang efektif
Mengurus tindakan disiplin staf secara sah
Meningkatkan produktiviti tanpa micromanage
👉 PM Syazna World sekarang!
🎁 Free 1 Jam Consultation.
.png)


Comments
Post a Comment