Majikan Terma & Syarat Kerja Tanpa Persetujuan? Silap Langkah Staf Lapor Ke JTK!

Dalam dunia pekerjaan hari ini, semakin banyak isu melibatkan majikan yang menukar syarat kerja pekerja tanpa persetujuan. Ada pekerja yang tiba-tiba dipindahkan department, waktu kerja berubah sesuka hati, elaun dipotong, malah ada juga yang dipaksa buat kerja luar daripada skop asal tanpa sebarang perbincangan.

Bagi sesetengah majikan, perkara ini mungkin dianggap biasa demi keperluan operasi syarikat. Tetapi hakikatnya, jika tidak diurus dengan betul, tindakan seperti ini boleh menyebabkan pekerja membuat aduan kepada (JTK).

Persoalannya, boleh ke majikan ubah syarat kerja sesuka hati?

Majikan Tidak Boleh Ubah Syarat Kerja Sesuka Hati

Ramai majikan beranggapan mereka mempunyai kuasa penuh terhadap pekerja kerana pekerja menerima gaji daripada syarikat. Namun, dalam konteks undang-undang pekerjaan, sebarang perubahan besar terhadap syarat kerja perlu dibuat secara munasabah dan mendapat persetujuan pekerja.

Antara perubahan yang sering menjadi isu ialah:

  • Waktu kerja berubah secara tiba-tiba
  • Gaji atau elaun dipotong
  • Pekerja dipindahkan ke cawangan lain tanpa persetujuan
  • Skop kerja berubah terlalu banyak
  • OT tidak lagi dibayar seperti dijanjikan
  • Hari cuti berubah tanpa notis

Walaupun majikan mempunyai hak mengurus operasi syarikat, pekerja juga mempunyai hak untuk mengetahui dan bersetuju dengan perubahan yang memberi kesan kepada pekerjaan mereka.

Jika perubahan dilakukan secara mengejut tanpa perbincangan, ia boleh menimbulkan konflik dalaman dan hilang kepercayaan antara pekerja dan majikan.

Bila Pekerja Mula Hilang Kepercayaan

Kebanyakan masalah sebenarnya bermula daripada komunikasi yang tidak jelas.

Mula-mula pekerja okay sahaja. Mereka ikut arahan, masuk kerja seperti biasa dan cuba beri komitmen terbaik. Tetapi lama-kelamaan, syarat kerja mula berubah sedikit demi sedikit.

Dulu masuk pukul 9 pagi, tiba-tiba perlu masuk lebih awal. Dulu ada OT, sekarang diminta kerja lebih masa tanpa bayaran tambahan. Ada juga pekerja yang asalnya buat admin, akhirnya dipaksa urus kerja lain yang langsung bukan bidang mereka.

Bila pekerja mula bertanya, jawapan yang diterima pula seperti:

“Company tengah susah.”
“Semua staff kena faham.”
“Kalau tak suka, boleh resign.”

Di sinilah masalah mula menjadi lebih besar.

Pekerja bukan sekadar marah tentang kerja tambahan. Mereka mula rasa tidak dihargai dan dipermainkan. Lebih teruk apabila semua perubahan dibuat tanpa hitam putih atau kontrak kerja yang jelas.

Tiada Kontrak Kerja Jadi Punca Besar

Antara kesilapan paling biasa dalam syarikat ialah tiada kontrak kerja yang lengkap.

Ada syarikat hanya beri offer letter ringkas. Ada juga yang langsung tiada dokumen rasmi. Semua syarat kerja hanya disebut secara lisan ketika interview.

Pada awalnya mungkin nampak mudah. Tetapi bila berlaku pertikaian, kedua-dua pihak mula susah untuk buktikan apa yang pernah dipersetujui.

Majikan kata lain.
Pekerja pula faham lain.

Akhirnya isu kecil boleh bertukar menjadi kes besar.

Sebab itu kontrak kerja sangat penting kerana ia membantu menjelaskan:

  • Jawatan pekerja
  • Waktu bekerja
  • Gaji & elaun
  • OT
  • Cuti
  • Tempoh notis resign
  • Skop kerja
  • Polisi syarikat

Bila semuanya jelas secara bertulis, risiko salah faham dapat dikurangkan.

Boleh Ke Pekerja Lapor Ke JTK?

Jawapannya, ya.

Jika pekerja merasakan hak mereka terjejas atau syarat kerja diubah secara tidak adil, mereka boleh membuat aduan kepada.

Antara perkara yang sering dilaporkan ialah:

  • Gaji tidak dibayar seperti dijanjikan
  • OT tidak dibayar
  • Tiada payslip
  • Potongan gaji tidak jelas
  • Dipaksa kerja luar skop
  • Waktu kerja berubah sesuka hati
  • Tiada kontrak kerja

Ramai majikan hanya mula panik apabila menerima panggilan atau surat daripada JTK. Ketika itu barulah sibuk mencari dokumen pekerja, rekod gaji dan bukti perjanjian kerja.

Sedangkan jika dokumentasi HR dibuat dengan betul dari awal, banyak masalah sebenarnya boleh dielakkan.

Jangan Tunggu Sampai Isu Jadi Besar

Sebagai majikan, penting untuk faham bahawa pengurusan pekerja bukan sekadar bayar gaji setiap bulan.

Dokumentasi, komunikasi dan polisi syarikat memainkan peranan besar dalam melindungi syarikat daripada risiko aduan pekerja.

Kadang-kadang majikan tidak berniat menindas pekerja. Tetapi disebabkan tiada sistem HR yang betul, tindakan yang dibuat akhirnya menyebabkan pekerja rasa tidak puas hati.

Bila emosi pekerja mula terganggu, perkara kecil pun boleh jadi besar.

Sebab itu lebih baik majikan ambil langkah awal sebelum syarikat berdepan risiko tuntutan atau konflik dalaman.

📩 PM Syazna World sekarang: https://wa.me/601155871677
🎁 Daftar free 30 minit consultation sementara slot masih ada!

Comments